Friday, June 13, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Belgium vs Algeria

Prebiu Piala Dunia 2014: Belgium vs Algeria

Belgium vs Algeria
Wednesday, June 18, 2014 (12:00 AM)

Di atas kertas kelihatan tiada masalah buat pasukan Belgium untuk mengatasi pasukan dari Afrika ini. Ini kerana kemahiran yang dimiliki oleh pemain Belgium begitu tinggi jika hendak dibandingkan dengan pasukan Algeria. Mereka ada 2 penjaga gol bertaraf dunia yang bermain untuk kelab terbaik di Eropah pada ketika ini. Lima orang pertahanan tengah yang popular, lambakan pemain tengah yang pelbagai variasi corak permainannya dan juga barisan serangan yang padu serta merbahaya.

Tetapi sedarkah kita bahawa Belgium tiada 'full-back' semulajadi yang benar-benar mantap di alam semesta ini? Bagi aku ia masih bukanlah masalah utama buat pasukan ini kerana Marc Wilmots boleh sahaja meletakkan 4 daripada 7 pemain pertahanan tengahnya - Vincent Kompany, Jan Vertonghen, Thomas Vermaelen, Toby Alderweireld, Nicolas Lombaerts, Daniel van Buyten dan Laurent Ciman untuk membentuk perisai padu di hadapan gawang pasukan Belgium. Penjaga gol? Aku tak risau sama ada Courtois mahupun Mignolet kerana keduanya sama hebat.

Jadi, apa yang tinggal untuk pasukan Algeria yang serba 'hijau' ini? Harapan palsu? Atau janji-janji tanah dan pangkat Datok sekiranya mengutip 3 mata ke apabila menentang Belgium?

Pemain Tumpuan Belgium : Eden Hazard
Pemain Tumpuan Algeria : Hassan Yebda
Ramalan Belgium : 3 - 0 Algeria.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...