Thursday, June 12, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Iran vs Nigeria

Prebiu Piala Dunia 2014: Iran vs Nigeria

Iran vs Nigeria  
Tuesday, June 17, 2014 (3:00 AM )

Nak menyokong Iran, takut dituduh syiah. Jadi aku sokong Nigeria dalam perlawanan ini.

Mengikut sejarah, kedua pasukan dikesan pernah bertemu dalam satu perlawanan persahabatan di Hong Kong pada 28 Januari 1998 yang mana ketika itu Nigeria menang dengan jaringan satu gol berbalas kosong, Tapi itu cerita lama. Cerita 16 tahun yang lalu. Kini pasukan Iran sudah tampil berbeza daripada dahulu.

Pasukan bimbingan Carlos Queiroz ini dilihat amat merbahaya dalam melakukan serangan dengan pemain mereka yang terdiri daripada Jahanbakhsh, Ghoochannejhad  dan Ansarifard. Tetapi kelemahan di bahagian pertahanan perlu ditangani segera oleh Montazeri dan Beitashour kerana pasukan Nigeria yang akan mereka tentang ternyata mempunyai kelebihan dari segi skil. Terutamanya apabila kita menyebut nama Obi Mikel, Victor Moses dan Ahmed Musa.

Meskipun barisan pemain asuhan Stephen Keshi ini memiliki kelebihan dari segi kemahiran, namum mereka masih bergelut untuk mengekalkan stamina dan fokus dalam jangka masa 90 minit permainan. Nigeria biasanya akan lebih mengancam seawal 30 hingga 40 minit permainan sebelum mereka seolah-olah hilang akal dan mula menyepak bola tak tentu arah.

Jika Iran berjaya mencuri peluang daripada kegagalan Nigeria mengekalkan momentum aksi dalam 90 minit permainan, sudah pasti satu mata, jika tidak pun 3 mata akan menjadi milik Iran.

Pemain Tumpuan Iran : Nekounam
Pemain Tumpuan Nigeria : Odemwingie
Ramalan : Iran 3 - 2 Nigeria

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...