Monday, June 16, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Cameroon vs Croatia

Prebiu Piala Dunia 2014: Cameroon vs Croatia

Thursday, June 19, 2014 | 6:00 AM

Pertarungan antara Cameroon dan Croatia pada aksi ke-4 kumpulan A ini adalah perlawanan hidup dan mati antara mereka. Keduanya perlukan 3 mata bagi meneruskan kemaraan pada Piala Dunia kali ini. Ini kerana masing-masing telah tewas pada laga pembukaan tempohari. Oleh itu, pasukan manakah antara dua ini mampu menahan tekanan dan sekaligus memberikan keputusan yang cemerlang kepada penyokong mereka?

Secara peribadi Croatia adalah pilihan dalam perlawanan ini. Mereka dilihat mempunyai kelebihhan dari segi kualiti pemain jika hendak dibandingkan dengan pasukan Cameroon. Tetapi kita masih lagi ingin melihat bagaimana pertarungan di bahagian tengah ini akan berlaku. Croatia dengan seni bola sepak menarik yang ditunjukan oleh Ivan Rakitic dan Luka Modric. Manakala Cameroon mempertaruhkan gandingan padu mereka Alex Song dan M'bia. Jadi, jika dikaji secara mendalam prestasi semasa pemain ini bersama kelab mereka, kita boleh mengagak pasukan mana yang akan memenangi pertarungan di bahagian tengah ini.

Rumusannya, Croatia yang tidak rela pulang awal sudah pasti akan bermain habis-habisan untuk mencari gol secepat dan sebanyak yang mungkin sebelum tugas berat menghadapi Mexico pada perlawanan terakhir mereka. Selainitu juga kembalinya Mario Mandzukic mungkin akan membawa seribu rahmat kepada pasukan didikan Niko Kovac ini.  

Pemain Tumpuan Cameroon : Nicolas N'Koulou
Pemain Tumpuan Croatia : Ivan Rakitic
Ramalan : Cameroon 0 - 2 Croatia

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...