Tuesday, June 10, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Argentina vs Bosnia

Prebiu Piala Dunia 2014: Argentina vs Bosnia

Argentina vs Bosnia
Monday, June 16, 2014 (6:00 AM)

Masih terlalu awal untuk berkata apa-apa. Aku tidak mahu bongkak dan mengatakan Piala Dunia 2014 ini akan menjadi milik Argentina. Kita harungi satu perlawanan demi satu perlawanan dahulu ye. Apa yang penting, kekalkan sahaja permainan cantik, semangat berpasukan serta setiakawan dan mungkin, pada penghunjung kejohanan ini nanti, Argentina akan membawa pulang Piala Dunia ke Buenos Aires. Mungkin sebab itulah Carloz Tevez digugurkan oleh Sabella.

Sementara itu, bahang perlawanan dengan antara Argentina dan Bosnia ini sudah semakin terasa. Meskipun aku memasang hajat besar untuk melihat Rodrigo Palacio dan Lavezzi  beraksi, namun sudah jelas lagi bersuluh selera Sabella lebih kepada memasangkan Aguero bersama bintang Napoli, Gonzalo Higuain dengan disokong dari belakang oleh Lionel Messi dan Di Maria.

Tetapi Bosnia memang tidak boleh dibawak pandang sebelah mata. Edin Džeko tetap akan menjadi benda berbahaya yang bakal sentiasa bergerak bebas menerobos ruang penalti Argentina kalau tidak dikawal oleh pemain-pemain pertahanan Argentina. Aku turut mengesyaki Demichelis akan bermula bersama Garay di bahagian pertahanan tengah. Manakala posisi tengah sudah tentu jadi milik Mascherano. Cuma berdebar-debar sama ada Gago atau Biglia yang akan beraksi bersama Mascherano.

Viva Albicelestes!!!!!

Pemain Tumpuan Argentina : Angel Di Maria
Pemain Tumpuan Bosnia : Edin Džeko
Ramalan Argentina 4 - 0 Bosnia

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...