Thursday, June 5, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Ivory Coast vs Japan


Prebiu Piala Dunia 2014: Ivory Coast vs Japan

Ivory Coast vs Japan
Sunday, June 15, 2014 (9:00 AM)

Sebagai peminat sebenar bola sepak, kita harus yakin dengan kemampuan pasukan dari Asia terutamanya Jepun. Kita mesti terus kekal kukuh di belakang dinding blok Asia. Ya, ASIA untuk ORANG ASIA. Halatuju dan dasar-dasar pasukan Jepun dalam Piala Dunia ini adalah jelas. Iaitu untuk menjulang Piala Dunia buat pertama kalinya dalam sejarah. Pasukan wanita mereka sudah berjaya berbuat demikian. Tiada alasan bagi Honda dan Kagawa untuk tidak merealisasikan impian suci murni ini. Justeru penyokong akar umbi dari seluruh rantau Asia wajib merapatkan barisan dan bersama menyokong Jepun untuk mengalahkan Ivory Coast dalam perlawanan pembukaan kumpulan C bagi kedua-kedua pasukan ini.

Pepatah Afrika pernah mengatakan, jika Drogba itu seekor dubuk, maka Gervinho adalah seekor garangan. Sebagai info, garangan atau nama manja beliau - Herpestidae adalah suku kaum daripada 33 spesies mamalia karnivor kecil dari selatan Eurasia dan sekitar tanah besar Afrika. Jadi, lawan Jepun ini bukanlah calang-calang pasukan. Kehebatan Drogba tidak hanya terhad pada ciri-ciri seekor dubuk yang wujud dalam diri beliau. Begitu juga Gervinho, kegarangan beliau di hadapan gol bukan hanya setakat seperti seekor garangan yang rakus meratah ular tedung. Malahan ia melangkaui batasan pemikiran seorang manusia normal. Sudah tentu pertembungan ini akan menjadi sengit dan amat menarik.

Pasukan mana pula yang akan menang?

Pemain Tumpuan Ivory Coast: Yaya Toure
Pemain Tumpuan Jepun: Hotaru Yamaguchi
Ramalan: Ivory Coast 2 - Jepun 2.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...