Friday, June 13, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Ghana vs Amerika Syarikat

Prebiu Piala Dunia 2014: Ghana vs Amerika Syarikat

Ghana vs Amerika Syarikat  
Tuesday, June 17, 2014 (6:00 AM)

"Tiada Landon Donovan, bukan masalah besar buat kami".

Begitu ringkas dan padat jawapan daripada Jurgen Klinsmann apabila ditanya tentang ketiadaan penjaring terbanyak Major League Soccer tersebut. Ini kerana beliau masih memiliki Dempsey dan Altidore untuk melakukan kerja-kerja amal merobek jaring gol pasukan Ghana. Jika Altidore gagal menyerlah dan secara tiba-tiba menjadi Safee Sali, Klinsmann masih mempunyai penyerang yang berusia 31 tahun, Chris Wondolowski dan juga seorang anak muda bernama Aron Johansson yang memiliki skil serta gerakan yang pantas apabila bola berada di kakinya. Patutlah lain macam sombongnya.

Apa yang jelas, Klinsmann pasti akan menggunakan formasi 'diamond' - 4-2-3-1 ataupun 4-3-2-1 dengan menjadikan Michael Bradley sebagai perancang bebas yang sentiasa berada di belakang penyerang untuk membuka ruang dan mencipta peluang gol. Tetapi tugas Bradley bukan setakat itu sahaja. Dia dan gandinganya Jermaine Jones perlu menguasai bahagian tengah padang serta memenangi seberapa banyak yang mungkin perebutan bola dengan Michael Essien dan Sulley Muntari. Cuma sekiranya faktor prestasi semasa diambil kira, paduan kedua pemain Amerika Syarikat ini dilihat memperolehi sedikit kelebihan berbanding duo dari Ghana tersebut.

Walaupun begitu, aku merasakan Sam's Army akan sekali lagi kecewa sepertimana aksi pusingan kedua Piala Dunia 2010. Sambil aku berharap agar Amerika Syarikat bermain bola cantik sedikit daripada pasukan England walaupun tiada kelibat Landon Donovan di atas padang.

Pemain Tumpuan Ghana : Prince Boateng
Pemain Tumpuan Amerika Syarikat : Michael Bradley
Ramalan Ghana 2 - 0 Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...